PDF kesan konflik palestin israel,kesan -CABARAN-CABARAN PELARIAN ROHINGYA MUSLIM - EPrints USM - Cabaran dan Isu Semasa~ Konflik Israel dan Palestin
Wait Loading...


PDF :1 PDF :2 PDF :3 PDF :4 PDF :5 PDF :6 PDF :7


Like and share and download

Cabaran dan Isu Semasa~ Konflik Israel dan Palestin

CABARAN-CABARAN PELARIAN ROHINGYA MUSLIM - EPrints USM

PDF KONFLIK ISRAEL umexpert umexpert um edu my file publication 00009616 67678 pdf PDF Undang Kemanusiaan icrc en doc what we eh malay methodology pdf PDF 25 Julai 2018 Parlimen

Related PDF

KONFLIK ISRAEL - umexpert

[PDF] KONFLIK ISRAEL umexpert umexpert um edu my file publication 00009616 67678 pdf
PDF

Undang Kemanusiaan

[PDF] Undang Kemanusiaan icrc en doc what we eh malay methodology pdf
PDF

25 Julai 2018 - Parlimen

[PDF] 25 Julai 2018 Parlimen parlimen gov my files KKDR 25072018 genpro pdf
PDF

ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN

[PDF] ISU ISU SEMASA DAN MASA DEPANvodppl upm edu my Bab 2011 20Isu2 20Semasa 20dan 20Cabaran 20Masa 20d
PDF

Jihad Palestin Dan Isu Boikot Md Hasri Academia Edu

[PDF] Jihad Palestin Dan Isu Boikot Md Hasri Academia Edudb aussietheatre au jihad palestin dan isu boikot md hasri academia edu pdf
PDF

Konflik Kepentingan - Mattel

[PDF] Konflik Kepentingan Mattel corporate mattel CoC 20Booklet 202012 20final 20Malaysian pdf
PDF

CABARAN-CABARAN PELARIAN ROHINGYA MUSLIM - EPrints USM

menghadapi pelbagai masalah dan cabaran kehidupan Kaedah Palestin dan Israel, isu etnik Rohingya di Myanmar menjadi isu krisis kebetulan ketika itu telah berlaku gelombang kedua pelarian Rohingya yang lari dari penindasan
PDF

Cabaran Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

Sensitiviti Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai

PDF kepelbagaian budaya dalam pengajaran bahasa melayu Malay malaylanguagecentre moe edu sg qql slot u181 Dian Bahasa 3 pdf PDF sensitiviti dan kompetensi kepelbagaian budaya EPrints USMeprints usm my 29988 1 Yasmin Ahmad 2014 PhD

  1. jurnal silang budaya di malaysia
  2. kesedaran budaya
  3. karangan kepelbagaian budaya di malaysia
  4. sensitiviti kaum
  5. kepelbagaian kaum di malaysia
  6. kajian hubungan etnik di malaysia
  7. kepelbagaian budaya dalam organisasi
  8. contoh etnosentrisme di malaysia

Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu

ȱ5 Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu

PDF bahasa melayu dan cabaran masa depan umexpert umexpert um edu my file 00009410 42140 65520 pdf PDF resolusi duabelas perkara memartabatkan bahasa melayu di eprints ums edu my 10802 1 ub0000000192 pdf PDF Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai

  1. langkah memartabatkan bahasa melayu pdf
  2. isu bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
  3. bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan pdf
  4. jurnal + bahasa melayu + pdf
  5. cabaran bahasa melayu dalam pendidikan
  6. langkah mengatasi cabaran memartabatkan bahasa melayu
  7. cabaran pemerkasaan bahasa melayu
  8. jurnal cabaran memartabatkan bahasa melayu

Cabaret místico AJ

Handbook Of Steel Construction Eighth Edition - Book Library

PDF Answers To Homework Problems Code Resolution steve mann caravans uat coderesolution answers to homework problems pdf PDF Shattered Amp Scarred The Sacred Hearts Mc 1 Aj MassRetirees staging massretirees shattered

Cabaret the Musical Script

cabaret - Fresno State

PDF Script floridarep wp content uploads 08 Cabaret Script pdf PDF Cabaret The Script Savantthescriptsavant pdf Cabaret pdf PDF upstage guide Roundabout Theatre Company roundabouttheatre PDF

  1. cabaret musical publisher
  2. cabaret ending
  3. how long is cabaret musical
  4. cabaret 2014
  5. cabaret musical soundtrack
  6. money cabaret pdf
  7. cabaret dialogue
  8. cabaret controversy

cabarkapa

DEMOCRACY COMMISSION GRANTEES FY 02 - State

yoga sci eu 2014 08 6 piletic cabarkapa e pdf Piletic, M , Cabarkapa, M (2011) Differences in Personality Traits and Motivation for Recreational Practice of Yoga & Fitness in Women In P Nikić, ed Proceedings “Yoga – the Light of Microuniverse”

CABAWin

CABA Win - wwwprogrammabobnl

d28rz98at9flks cloudfront 67316 PSSA 44 pdf Cabawin East·No 1 was therefore programmed primarily as a structural test of the oil bearing Permian section encountered in Cabawin No 1 The site was located along the Cabawin structural trend east of a fault zone on a structural feature

Cabbage Countdown (String Explorer Series)

This book as a single PDF file - Eloquent JavaScript

PDF Bio Rad Explorer™ Cloning and Sequencing Explorer Series bio rad webroot web pdf lse literature 10000069187 pdf PDF music orchestra Alfred Music alfred 02 Orchestra Performance Music (A K) pdf PDF Microworlds for Ecology Explorations

  1. cloning and sequencing explorer series answers
  2. why is it necessary to purify pcr products

PDF Cabeamento Estruturado UniSALESIANO unisalesiano edu br salaEstudo materiais material2 pdf PDF Cabeamento Estruturado Da Teoria A Pratica 2 Ed 2014git onelivemedia cabeamento estruturado da teoria a pratica 2 ed 2014 pdf pdf PDF Cabeamento Estruturado

Cabeamento Estruturado.pdf

PROJETO DE REDES - ceneprnfileswordpresscom

ceneprn files wordpress 2013 02 apostila Cabeamento Estruturado agrega outros benefícios importantes Solucionam problemas tais como crescimento populacional (o dimensionamento dos pontos de um Sistema de Cabeamento Estruturado é baseado na área em m2 do local a ser cabeado ao invés do número de usuários)

Home back Next

Semasa~ Konflik Israel dan Palestin

Description

Kedudukan Palestin dianggap strategik kerana ia merupakan tempat perhubungan antara benua Asia dan Afrika dan dijadikan sebagai titik pertemuan antara dunia-dunia negara Islam

Menurut kajian arkeologi yang dikaji oleh para sejarawan,

Kota Jericho merupakan kota pertama yang dibina di sebelah Timur Laut Palestin dalam lingkungan masa lebih kurang 8000 tahun S

Penduduk yang tinggal menetap di Palestin kebanyakannya terdiri daripada keturunan kabilah Arab seperti Kan’an,

Umuriah,

Palestin,

dan kabilah-kabilah Arab yang menetap di Palestin sebelum dan selepas era pembukaan Islam

Penduduk yang berasal daripada keturunan yang berlainan ini bergabung di bawah satu ikatan iaitu agama Islam dan bahasa Arab yang menyatupadukan mereka

Palestin memiliki kedudukan geografi yang sangat strategik,

iaitu terletak di kawasan pertengahan negara-negara Arab

Tempat ini merupakan tempat turunnya agama Samawi,

menjadi jambatan aktiviti dan penyusupan tentera pada era yang berbeza

Oleh itu,

Palestin adalah tempat yang istimewa berbanding dengan tempat lain

Lokasi strategik membolehkan negara ini menjadi penghubung pelbagai benua lain di dunia

Selain itu,

negara Palestin menjadi pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat negara jiran

Nama Israel berasal daripada kitab Bible Ibrani

Tanah Israel memiliki kawasan agama Yahudi yang paling penting seperti Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon,

Raja terkenal Yahudi

Oleh hal yang demikian,

tanah Israel merupakan sebuah tanah yang penuh dengan keistimewaan

Kehadiran orang-orang Yahudi merosot semasa pemerintahan Assyria,

Babylon,

Yunani,

Rom Byzantine dan Sassanid terhadap mereka akibat pengusiran beramai-ramai dan akibat kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap empayar Rom pada tahun 132 M

Walaubagaimanapun,

kedatangan orang-orang Yahudi masih beterusan

Sebahagian penduduk Yahudi berpindah ke Galilea,

Mishnah,

Talmud dan Jurusalem

Kemudian,

selepas mengalahkan empayar Byzantine,

Islam menakluk tempat tersebut

Tampuk pemerintahan kawasan ini senantiasa mengalami penukaran sehinggalah menjadi sebahagian empayar Mamluk dan seterusnya sebagai Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517 M

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat keputusan untuk membahagikan daerah mandat British-Palestin

Negara-negara timur tengah dan negara Islam menentang dengan tegas terhadap keputusan ini

Menurut Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB),

orang Yahudi berhak mendapatkan 55% daripada seluruh tanah

wilayah tersebut manakala Baitulmuaqaddis yang menjadi bandar suci orang Yahudi,

Muslim dan Kristian dijadikan sebagai bandar kebangsaan

Negara Israel telah ditubuhkan pada 14 Mei 1948

Namun demikian,

Israel menghadapi serangan yang dilancarkan dari tentera pakatan Lubana,

Jordan,

Iraq dan negara Arab yang lain selepas sehari pengisytiharan penubuhan

Israel telah mengalahkan tentera bersekutu Arab dan merampas sebanyak 70% wilayah di bawah kekuasaan Palestin

Kekuasaan Israel menjadi lebih kuat dari masa ke masa dan mula bertapak di bumi Arab

Perhubungan antara kedua-dua negara Palestin dan Israel telah wujud sejak zaman kegemilangan Islam dan berterusan sehingga ke hari ini

Isu yang berkaitan dengan Israel sudah wujud pada zaman kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah

Hubungan Israel dengan Palestin secara langsung melibatkan hubungan dengan negara-negara Arab

Negara Israel dan Palestin menjalinkan hubungan dari segi politik telah menghasilkan berbagai-bagai jenis perjanjian sama ada mengenai ekonomi dan politik

Negara Arab pernah berusaha mencari ikhtiar untuk menangani kekangan ini dengan mencadangkan pendamaian antara kedua-dua intiti politik

Raja Saudi,

Raja Fahd telah mengeluarkan cadangan supaya mengadakan satu pendamaian antara kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik ini tetapi telah ditentang oleh Presiden Amerika Syarikat masa itu,

Ronald Reagan

Perjanjian Sykes-Picot Agreement yang ditandatangani antara pihak barat dan Israel secara rahsiah tanpa pengetahuan Arab Saudi telah mengetatkan hubungan antara kedua-dua negara

Selain itu,

Orang Yahudi mempunyai hubungan agama dan kepercayaan dengan rakyat di Palestin

Punca utama yang mengakibatkan isu konflik berlaku disebabkan perebutan kawasan wilayah

Contohnya,

orang Yahudi telah bertindak melancarkan serangan ke atas tempat-tempat suci agama Kristian dan Islam pada tahun 1967

Kawasan seperti Jericho,

Qumran,

Sungai Jordan,

Bethlehem dan Baitulmauqaddis adalah tempat suci umat Kristian yang dikuasai oleh orang Yahudi

Tempat suci umat Islam juga tidak terkecuali dalam penguasaan masyarakat Yahudi yang mencetuskan konflik besar

Misalnya,

Masjid Al-Aqsa,

Kubah Al-Sakhra dan makam-makam para anbia di Khalil

Rakyat Palestin sebanyak 150 000 menjadi pelarian dari kawasan Tebing Barat ke Jordan kesan daripada serangan peperangan yang berlaku pada tahun 1967

Proses Damai Oslo seperti Perjanjian Kaherah,

Perjanjian Toba,

Perjanjian Sharm alSheikh merupakan bukti-bukti wujudnya hubungan dua intiti politik dalam hal ehwa politik dan ekonomi

Walaubagaimanapun,

rundingan dan musyawarah berkenaan tidak berkesan kerana tidak berupaya menyelesaikan konflik yang menjadi serius dari masa ke masa ini

Dalam pada itu,

penggabungan ekonomi antara negara Israel dengan Palestin berlaku

Israel berpendapat bahawa dasar-dasar ekonomi mereka di Palestin dapat membantu dalam pembangunan ekonomi

Sebenarnya,

Palestin telah diekspoloitasikan oleh Israel kerana mereka telah menjadikan orang Palestin sebagai orang bawahan atau pekerja buruh

Rakyat Palestin diibarat tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri dari aspek ekonomi

Banyak rakyat Palestin telah diambil dari Tebing Barat untuk bekerja dalam sektor pembinaan dan pertanian

Penduduk Palestin terpaksa bergantung kepada ekonomi Israel dalam sektor perindustrian kerana 90 peratus barangan diimport dari Israel dan barangan dari wilayah yang diduduki pula menjadi pasaran eksport kedua terbesar bagi Israel

iaitu Israel dan Palestin yang merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang terbesar di seantero dunia

Secara umumnya,

pertelingkahan yang berlaku pada masa kini merujuk kepada pertikaian antara dua kumpulan politik yang mempunyai ideologi yang berlainan dalam tuntutan ke atas kawasan tanah yang sama

Pelbagai usaha dan kaedah telah digunakan serta diterapkan ke dalam usaha penyelesaian masalah pertikaian yang berlaku serius di negara timur tengah ini

Menurut tinjauan pendapat dari pelbagai pihak masyarakat,

kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik dan berkesan untuk menghentikan konflik yang melanda dunia ini

Konflik ini merangkumi berbagai-bagai aspek seperti politik,

Rundingan pernah berlaku di antara kedua-dua pihak negara tetapi tidak membawa kesan yang positif

Oleh itu,

masalah ini masih belum mencapai jalan penyelesaian yang berkesan

Konflik yang melanda kedua-dua negara ini menjadi lebih serius apabila kuasa-kuasa barat masuk campur tangan sama ada secara langsung atau tidak langsung

Pertikaian yang berlaku di Israel dan Palestin melibatkan kuasa secara langsung dan tidak langsung daripada antarabangsa

Misalnya,

negara barat yang terbabit dan masuk campur tangan ialah negara Amerika Syarikat,

Britain dan lain-lain lagi

Kuasa barat mempunyai muslihak yang tersembunyi ibarat ada udang di sebalik batu

Mereka mempunyai matlamat tersendiri dalam konflik Israel-Palestin dan bukannya sekadar-kadar untuk menghulurkan bantuan pertolongan dan memberi belas kasihan kepada kedua-dua negara sahaja

Golongan Israel telah menubuhkan satu gerakan yang bernama gerakan Zionisme sebagai satu gerakan keagamaan yang dijalankan oleh orang Yahudi

Keadaan ini menyebabkan mereka berusaha dengan penuh kesungguhan dalam mendapatkan negara atau kawasan untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran agama mereka

Kawasan Palestin dipilih untuk dijadikan pusat penyebaran agama mereka kerana Palestin merupakan tempat diturunnya kitab Injil dan berlakunya kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Ibrahim A

S dan Nabi Musa A

Konflik kedua-dua negara tersebut mula berlaku selepas Israel menyertai diri dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi cadangan supaya 100 000 rakyat Palestin dimasukkan dan dijadikan sebagai warganegara Israel dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada kekangan pelarian yang terdiri daripada golongan Tahudi

Walaubagaimanapun,

cadangan ini telah ditentang dan ditolak mentah-mentah oleh orang Yahudi kerana mereka inginkan negara Israel dihuni oleh orang yang beragama Yamahudi sahaja

Golongan lain terutamanya golongan yang beragama Islam tidak diterima dan disukai oleh mereka

Isu perebutan tanah yang berlaku di Palestin telah mencetuskan konflik antara Israel dan Palestin

Tanah di Palestin diangga tanah suci bagi orang Yahudi dan mempunyai segala hak ke atas tanah tersebut

Hal ini telah mencetuskan perselisihan faham antara kedua-dua negara dan akhirnya berlaku peperangan secara tidak berhenti-hentian

Ia berfungsi antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah

Terusan Suez berfungsi membenarkan laluan air secara dua hala serta menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa mengelilingi benua Afrika

Ia menggabungkan bahagian Utara dan Selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga ke Teluk Suez di Laut Merah

Tindakan Mesir memiliknegarakan Terusan Suez melalui ucapan Gamal Abdul Naseer pada ketika itu mengakibatkan ketidakpuasaan beberapa pihak yang memiliki kepentingan masing-masing

Kesan daripada itu,

Israel melancarkan peperangan ke atas Mesir dan

seterusnya menyebabkan konflik antara kedua-dua negara ini menjadi lebih sengit dan ketat

Keadaan ditambah buruk lagi apabila pihak lain turut mengambil kesempatan dalam hal tersebut

Negara Israel mempunyai kepentingan dari segi ekonomi terhadap Terusan Suez,

iaitu menjadi laluan utama bagi mengangkat bahan-bahan senjata perang yang diimport dari Perancis

Hal ini menjadi faktor utama dalam usaha untuk menyekat dan menghalang pengaruh Mesir di kawasan tersebut dan secara tidak langsung menjadikan hubungan antara kedua-dua kuasa semakin rumit dan tercabar

Theodor Herzl yang berasal dari Austria membawa ideologi Zionisme dalam agenda dunia pada akhir abad ke-19

Herzl dan rakannya berpendapat bahawa keyahudian adalah sebagai sebuah nama ras dan bukannya sebuah masyarakat beriman

Menurut Theodor,

orang-orang Yahudi dijadikan sebagai sebuah ras terpisah dari bangsa Eropah dan menyebabkan mereka tidak dapat hidup bersama-sama antara satu sama lain

Oleh itu,

pembinaan dan pembangunan tanah air sendiri amat penting dan bermakna bagi mereka

Uganda dicadangkan oleh Theodor Herzl untuk dijadikan sebagai tempat atau negara golongan Yahudi pada awalnya tetapi kemudiannya beliau telah membuat keputusan supaya Palestin dijadikan negara bagi orang Yahudi

Beliau mengambil tindakan ini kerana Palestin dianggap sebagai tanah air bersejarah bagi orang Yahudi

Dalam pada itu,

ideologi Zionisme mengatakan bahawa keamanan dan kesentosaan antara bangsa-bangsa lain tidak wujud

Keadaan ini mengakibatkan konflik antara Palestin dan Israel berlangsung sehingga mencapai satu masa yang agak panjang dan menjadikan keadaan di negara Palestin senantiasa berada dalam keadaan kucar-kacir dan huru-hara

Kejadian pemerintahan ke atas kawasan Palestin oleh golongan Bani Israel pada masa sebelumnya menjadi dorongan utama kepada mereka untuk mendapatkan kembali tanah Palestin

Bani Israel telah memberi hujah bahawa mereka mempunyai kelayakan yang sepenuhnya dalam memerintah tanah Palestin kerana mereka lebih lama bertapak dan bersinggah di Palestin

Namun demikian,

satu kajian sejarah pula menunjukkan bahawa zaman pemerintahan Bani Israel ke atas kawasan Palestin begitu singkat bagi tempoh masanya,

tetapi kerajaan Islam telah memerintah Palestin selama 12 kurun

Golongan Israel yang majoritinya terdiri daripada orang Yahudi telah pun keluar dari tanah Palestin dan memutuskan hubungan dengan Palestin selama 18 kurun

Walaubagaimanapun,

golongan Israel yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Yahudi datang kembali untuk menuntut hak mereka ke atas tanah Palestin dan memberi kenyataan bahawa tanah itu adalah hak milik mereka sejak awal lagi seterusnya mengusir keluar penduduk yang menetap di Palestin dengan biadab oleh rejim Zionis pada tahun 1948

Keadaan ini menjadi penyebab berlakunya konflik antara Israel dan Palestin sehingga berlaku isu-isu ketidakamanan seperti kekacauan dan peperangan berpanjangan

merupakan sebuah tempat suci bagi agama Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah tersebut

Orang Yahudi menekankan prinsip kebebasan beragama dan tidak ada anasir paksaan dalam menganuti agama

Namun demikian,

orang Yahudi sendirilah yang tidak memegang dan mematuhi prinsip-prinsip agama tersebut serta melakukan kezaliman dan kekerasan ke atas penduduk Palestin

Tamsilnya,

kejadian pengusiran secara paksaan,

dan lainlain kezaliman yang mereka lakukan

Pandangan golongan Islam berbeza dengan golongan Yahudi Israel yang menafikan hak dan tuntutan orang Yahudi terhadap kawasan Palestin

Masyarakat Islam mengatakan bahawa tanah Palestin terutamanya kawasan Jurusalem merupakan tempat suci bagi umat Islam

Ia merupakan kiblat pertama bagi umat beragama Islam dalam menjalankan ibadat solat

Sejajar dengan itu,

tempat ini dipercayai tempat terjadinya mukjizat terbesar yang dialami oleh Nabi Muhammad s

perjalanan malam dari Masjid Haram di Mekah menunju Masjid Aqsa di Jurusalem,

dan kembali lagi ke Masjid haram

hasil laporan telah menunjukkan bahawa hampir 40 000 kanak-kanak Palestin di kawasan Gaza tidak mempunyai sekolah untuk menuntut pelajaran

Hal ini berlaku atas sekatan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin yang kini sudah memasuki tahun kelima

Kesan daripada pertelingkahan antara Israel dengan Palestin di Gaza,

hampir 82 peratus sekolah kerajaan terpaksa beroperasi dalam dua sesi persekolahan,iaitu dari awal pagi hingga ke petang malam untuk menampung jumlah pelajar yang banyak atas kekurangan sekolah

Dalam pada itu,

sebanyak 250 pelajar dan 15 orang guru telah terbunuh semasa sesi pembelajaran dijalankan dalam serangan Israel terhadap Palestin

Bagi kanak-kanak yang hidup dalam serangan tersebut,

mereka telah manghadapi masalah yang serius seperti kehilangan ahli keluarga lain,

rumah tempat tinggal mereka sudah dibom dan diroboh,

dan berkemungkinan besar menghadapi penyakit trauma

Laporan daripada Bank Dunia menunjukkan bahawa sebanyak 80 peratus pelajar Palestin di Gaza gagal dalam peperiksaan Matematik manakala sejumlah 40 peratus pelajar sekolah gagal dalam subjek bahasa ibunda mereka sendiri,

Pelbagai sekolah di Gaza telah musnah dan roboh termasuklah 18 buah yang musnah teruk

Sekatan dikenakan untuk mengelakkan aktiviti pembinaan sekolah baharu dijalankan oleh Palestin

Israel tidak membenarkan bahan binaan seperti simen dan keluli dibawa masuk ke Gaza atas alasan ia boleh digunakan oleh puak Hamas untuk membina terowong

Sejajar dengan itu,

sekolah di bawah kelolaan Agensi Pemulihan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) dan dua sekolah kerajaan musnah akibat dibedil oleh pasukan tentera Israel

Bedilan peluru Israel mengenai pintu pagar sekolah UNRWA di Rafah menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk wanita dan kanak-kanak maut dan 45 lagi menghadapi kecederaan yang serius

Selain itu,

Israel melancarkan serangan ke atas sebuah sekolah di Jabalia dan menyebabkan sekurangkurangnya 15 orang termasuk empat kanak-kanak mati dalam serangan tersebut

Ekoran daripada itu,

pembangunan semula dalam sektor pendidikan negara Palestin menghadapi cabaran yang besar

Penutupan sekolah telah meningkatkan kadar keciciran dan seterusnya menganggu proses pembelajaran

Selain sekolah kerajaan,

iaitu universiti juga terpaksa ditutupkan atas kekurangan prasarana pembelajaran

Kebanyakan kawasan di Al-Atatra musnah dalam peperangan

Kebanyakan pelajar kehilangan ahli keluarga atau rumah mereka

Mereka cuba menghindari kematian dan kemusnahan dengan datang ke sekolah,

tetapi mereka terkejut apabila mendapati sekolah mereka juga musnah

Di samping itu,

kebanyakan pelajar tidak dapat menumpukan konsentrasi yang secukupnya kepada pelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Sebagai contoh,

terdapat sekurang-kurangnya 35 pelajar dalam setiap kelas

Ini memberi kesan besar kepada pelajar,

iaitu menyebabkan prestasi mereka lemah dan tidak aktif dalam perbincangan

Kebanyakan daripada mereka mengalami trauma serta senantiasa panik dan hilang tumpuan semasa guru sedang mengajar di depan bilik darjah

Hal ini demikian kerana mereka takut akan serangan pasukan tentera Israel yang kejam dan keras

Mereka hanyalah orang biasa sahaja dan tidak mempunyai sebarang senjata

Orang awam yang tidak bersalah seperti kanakkanak,

dan orang tua dibunuh tanpa dedikasi dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh

Mangsa peperangan mengalami penderitaan akibat kehilangan orang yang tersayang bagi mereka seperti ahli keluarga ekoran daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak penceroboh

Sesetengah penduduk yang tidak terbunuh diseksa dengan teruk dan kejam oleh pasukan tentera penceroboh sehingga mengalami kecacatan yang kekal

Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat apabila mereka melakukan serangan tanpa mengira tempat dan keadaan

Mereka melancarkan serangan terhadap sekolahsekolah kerajaan dengan sesuka hati sahaja dan mengakibatkan banyak nyawa terkorban yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar yang tidak berdosa

Mereka sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan kawasan yang mempunyai komuniti masyarakat padat

Salah seorang doktor dari Norway telah ditugaskan untuk merawat mangsa di Gaza

Beliau telah mengatakan bahawa pasukan tentera Israel menggunakan sejenis senjata yang mengandungi unsur yang boleh membunuh seseorang dengan kadar perlahan dalam lingkungan masa 6 bulan pesakit terkena serangan tersebut

Negara yang terbabit dalam peperangan secara langsung akan menjejaskan ekonomi negaranya sehingga menjejaskan pembangunan sesebuah negara

Penduduk tempatan terpaksa melepaskan pekerjaan mereka yang sedia ada semata-mata untuk beperang dalam memelihara keamanan negara

Kesannya,

aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian,

pelancongan dan lain-lain lagi tidak dapat berjalan dengan lancar

Pelabur asing akan menarik semula semua dana yang telah disuntik dan dilabuh ke dalam ekonomi negara Israel dan Palestin

Kebanyakan pemilik firma telah membuat keputusan untuk memberhentikan operasi firma dan kembali pulang ke negara asal mereka kerana tidak berkeupayaan menanggung kos operasi

Ini akan menyebabkan negara yang terbabit mengalami kerugian yang agak besar

Kadar penggangguran dalam kalangan penduduk mengalami peningkatan dari semasa ke semasa seterusnya menyebabkan pembangunan negara terganggu

Tempat tinggal orang awam yang tidak berdosa dihancurkan oleh letupan bom semasa peperangan

Mereka terpaksa melarikan diri dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa semasa peperangan berlaku

Jambatan dan bangunan pencakar langit yang dibina berjuta ringgit diroboh dalam masa sekelip mata akibat peperangan

Hal ini telah menyebabkan kerajaan dan para penduduk menghadapi kerugian yang besar

Menurut laporan,

Laporan OCHA mengatakan bahawa penduduk di Gaza hanya mendapat dua jam bekalan elektrik sahaja pada setiap hari

Peperangan antara Israel dan Palestin telah membawa banyak implikasi yang serius terutamanya kemusnahan dari segi bahan binaan

Sebanyak 141 sekolah dan lima hospital dimusnahkan dan terpaksa ditutup atas kerosakan yang berat sejak serangan Israel ke atas kawasan Gaza

Dalam pada itu,

Kanak-kanak berlumba-lumba berulang alih dari rumah ke sekolah setiap hari kerana takut menjadi mangsa pada bila-bila masa sahaja

Tua dan kanak-kanak merupakan orang yang paling berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut

Kesihatan penduduk setempat akan mengalami masalah yang besar dan semakin merosot dan seterusnya menjejaskan pembangunan negara

Sehubungan dengan itu,

kebakaran yang berlaku atas letupan bom dari pihak penceroboh akan mengakibatkan pencemaran udara yang serius serta membawa berbagai-bagai kesan sampingan kepada kesihatan manusia

Pelepasan bahan-bahan yang mengandungi unsur radioaktif akan mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada generasi yang akan datang

Bahan kimia yang terkandung dalam senjata pasukan tentera telah membimbangkan masyarakat wanita yang menetap di kawasan peperangan

Hal ini demikian kerana doktordoktor yang ditugaskan di bandar Gaza telah melaporkan bahawa kecacatan dalam kelahiran bayi telah mengalami peningkatan secara mendadak

Tamsilnya,

seorang wanita Gaza yang bernama Dalal Al-Agh didapati melahirkan bayi yang tidak sempurna di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza City

Bayi itu sukar bernafas,

Kecacatan kelahiran bayi itu adalah kesan langsung daripada pendedahan kepada bahan kimia yang dilepaskan menerusi senjata-senjata peperangan

Ganggaung emosi akan dihadapi oleh kanak-kanak yang dibesarkan dalam keadaan yang kucar-kacir sekiranya tidak mendapat rawatan yang berkesan

Hal ini demikian kerana mereka telah mendedah kepada anasir-anasir yang negatif seperti kekejaman yang dilakukan oleh pasukan tentera penceroboh terhadap ahli keluarga tersayang mereka dan sebagainya

Sehubungan dengan itu,

kebanyakan kanakkanak yang masih hidup berkemungkinan besar menghadapi masalah kecacatan dari segi mental dan fizikal

Peristiwa hitam sebegini pasti memberi kesan yang mendalam dalam ingatan dan sanubari mereka untuk selamanya

Ketua Program Psikologi Jabatan Kesihatan Palestin di Gaza,

Fadel Abu Hayyin mengatakan bahawa lebih daripada 100 000 kanak-kanak di Palestin menghadapi masalah dari segi psikologi akibat peperangan yang melanda mereka

Beliau juga memberi hujah bahawa kesan masalah ini lebih besar daripada kapasiti perkhidmatan,

dan institusi khusus lainnya di kawasan persisiran

Beberapa gejala mula berlaku dalam kalangan kanak-kanak negara Palestin

Mereka tidak dapat menumpukan konsentrasi yang secukupnya dalam pembelajaran di sekolah,

prestasi peperiksaan mereka merosot,

sejak pasukan tentera Israel mengadakan sekatan-sekatan jalan

Sebilangan besar kanakkanak di Gaza didapati kekurangan gizi makanan yang seimbang kerana pengepungan tentera Israel yang berterusan tanpa berhenti-hentian

Umat Islam wajarlah menghargai kedua-dua kawasan yang dianggap suci

Hal ini demikian kerana Baitul Maqdis merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj,

Baitul Maqdis menjadi tanah perantaraan dalam peristiwa itu

Ketibaan Nabi Muhammad s

w di Baitul Maqdis memberi implikasi yang cukup besar terhadap umat Islam dan secara tidak langsung membuktikan bahawa ia merupakan satu rantau yang penting dalam masyarakat Islam

Menurut Al-Qaradawi,

Allah s

t telah menjadikan Baitul Maqdis sebagai persinggahan terakhir Nabi Muhammad s

w di bumi sebelum baginda menjalani fasa yang kedua,

Tempat pengiktirafan Nabi Muhammad s

w sebagai ‘rahmatan li alalamin’ terletak di Baitul Maqdis,

di mana baginda menjadi iman solat terhadap seluruh para anbiya yang membuktikan bahawa bagindalah merupakan Nabi yang terakhir melalui kontek Islam

Dalam pada itu,

Baitul Maqdis merupakan kawasan Nabi Muhammad s

w dan para sahabat Nabi mengadap wajah semasa menjalankan solat selama 16 hingga 17 bulan selepas peristiwa Israk dan Mikraj berlaku

Baitul Maqdis juga merupakan tempat Qibla yang pertama dalam Islam

Oleh itu,

peristiwa-peristiwa yang berlaku telah membuktikan bahawa betapa pentingnya Baitul Maqdis dan Palestin terhadap umat Islam

Orang Islam tidak boleh memandang remeh soal Baitul Maqdis dan Palestin ini kerana ia bukan isu masyarakat Arab semata-mata,

tetapi ia merupakan isu bagi seluruh umat Islam di seantero dunia

Pemerintahan Islam ke atas Palestin ketika zaman Saidina Umar al-Khattab,

dan juga ketika Salahuddin al-Ayyubi,

rantau tersebut kembali kepada suasana yang aman dan sentosa

Selain itu,

Baitul Maqdis pada ketika itu terus didiami oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dan agama Kristian pula menjadi penduduk majoriti

Kejadian ini telah membuktikan sikap toleransi Islam terhadap agama lain,

dan sikap hidup bersama secara aman para pemimpin yang berpegang kepada ajaran Islam

Mereka juga diberikan jaminan keselamatan dalam dokumen yang dikenali sebagai “al-’Uhda

iaitu jaminan Umar terhadap keselamatan penduduk Baitul Maqdis pada masa itu

Tuntasnya,

kesedaran tentang kepentingan Palestin harus dipupuk dan dilahirkan pada sanubari masyarakat Islam di dunia agar mereka dapat merasai pemilikan tanah bersejarah itu merupakan hak milik umat Islam

Pelancaran perang ke atas pengganas merupakan strategik atau dikatakan muslihak mereka untuk melumpuhkan Islam di dunia

Bak kata pepatah,

Kuasa besar Barat tidak mahu sesebuah negara kembali kepada corak pemerintahan dan pentadbiran berasaskan agama Islam

Hal ini demikian kerana mereka bimbang

kejadian ini mampu menjejaskan barat itu sendiri

Pergolakan antara

negara Israel dengan Palestin turut dikesan kerana kuasa barat berminat besar dalam mengungguli kawasan Timur Tengah yang kaya dengan pelbagai hasil petroleum

Sehubungan dengan itu,

Amerika Syarikat turut membenarkan negara Israel membina nuklear

Tindakan ini jelas dilihat dan sudah bercanggih dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

yang ingin menjadikan kawasan Timur Tengah bebas daripada sebarang serangan nuklear

Kedamaian dan keamanan tidak akan tercapai atas sikap double-standard yang ditunjukkan

Penyelesaian konflik Israel dan Palestin tidak harus melibatkan kuasa-kuasa dunia lain yang mempunyai banyak kepentingan peribadi ke atas negara itu sendiri,

melainkan sekiranya mereka betul-betul ikhlas mahu mencari ikhtiar untuk membebaskan negara Israel dan Palestin daripada pertelingkahan

tetapi Israel bersifat angkuh,

serta tidak mahu tunduk kepala dan mengikuti apa yang diputuskan di peringkat antarabangsa

Tamsilnya,

Israel tidak mematuhi kehendak Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 487 (1981) yang berbunyi: Calls upon Israel to place its nuclear facilities under the safeguard of the UN’s International Atomic Energy Agency

Mereka terus menunjukkan keangkuhan tidak mahu tunduk kepada apa yang telah diputuskan di peringkat antarabangsa

Oleh hal yang demikian,

umat Islam akan terus berjuang dengan penuh kegigihan menentang kezaliman Israel untuk mengembalikan keamanan seperti yang telah dikecapi semasa pemerintahan Islam

Inilah yang dilakukan

Hizbullah dan lain-lain kumpulan dalam usaha untuk memperjuangkan dan memelihara nasib umat Islam Palestin

Mereka yang berfahaman Nasionalis Sekular merupakan golongan yang menyokong konsep Zionis

Oleh itu,

segelintir masyarakat Yahudi mengatakan bahawa fahaman Zionis adalah untuk menubuhkan negara Israel Raya tidak ada mengena dengan agama mereka

Hal ini telah menyebabkan masyarakat dari Rabbi Yahudi berdiri menentang kewujudan negara Israel itu sendiri

Daripada perspektif yang berlainan,

pihak sekularis Yahudi pula mempunyai pandangan yang berbeza

Masyarakat sekularis Yahudi berasa rendah diri,

serta merasakan mereka dihina atas ketidakwujudan sebuah negara yang merdeka bagi mereka

Sehubungan dengan itu,

mereka juga ditindas di negara barat dan dibuhuh oleh Ardolf Hitler,

pemerintah negara German semasa zaman perang dunia kedua

Sesetengah pemimpin mereka telah memilih kawasan Palestin sebagai sebuah tempat untuk dijadikan sebuah negara sekular Yahudi atas peristiwa hitam itu

Fahaman ini telah mendominasikan seluruh bangsa Yahudi sehinggakan konsep Zionisme telah mewarnai kehidupan agama mereka

Fahaman ini telah mempengaruhi pemikiran bangsa Yahudi sehinggakan mereka menggunakan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’ atau ‘the ends justify the means’ untuk melakukan kejadian yang dikira keras dan kejam,

seperti membunuh rakyat biasa Palestin,

menghalau dan merampas harta benda orang awam dan menjadikannya milik orang Yahudi

Konklusinya,

fahaman sekular harus dihapuskan dalam pemahaman masyarakat Yahudi kerana ia telah mendatangkan pelbagai implikasi yang negatif terhadap manusia

Idea sonsang dan fahaman Zionisme

mengakibatkan kucar-kacir berlaku khasnya di negara

timur tengah pada zaman globalisasi yang moden ini

Sesetengah pertubuhan

bersifat kepada unsur politik dan turut membincangkan soal yang berkaitan dengan konflik Israel-Palestin yang menjadi lebih serius pada masa sekarang,

manakala terdapat pertubuhan yang bersifat badan bukan kerajaan (NGO)

Sebagai seorang yang rasional,

kita haruslah mengelakkan diri daripada dijadikan sebagai alat untuk sesuatu agenda politik pihak-pihak tertentu yang akan merugikan idealisme perjuangan Islam

Kita perlu bersikap hat-hati terhadap pihak-pihak yang berkepentingan kepada aspek politik untuk mengelakkan mereka daripada bertindak lebih kritikal

Oleh hal yang demikian,

kita akan menjadi lebih bebas dalam melakukan analisis dan pentaksiran secara berkesan terhadap sesuatu gagasan dan seterusnya bertindak

Badan-badan yang sedia ada harus melihat setiap perkara dengan menggunakan pendekatan bird eyes,

iaitu menilai elemen positif dan negatif bagi setiap pihak yang terbabit dalam konflik ini

Sudah tentu jika pemerkasaan badan-badan tempatan dan internasional dijalankan secara berterusan dan digembleng dengan baik,

ia akan menambah kekuatan umat Islam dalam mengatasi isu-isu global yang menyentuh hati dan perasaan umat Islam seantero dunia

Ban Kim Moon oleh kerajaan Malaysia,

dalam usaha untuk mengecam kezaliman Israel terhadap penduduk yang tinggal menetap di kawasan Gaza yang menyebabkan hampir 376 rakyat Palestin terkorban dalam keadaan yang keras pada Januari 2009 yang lalu

Dalam pada itu,

nota bantahan yang sama juga dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),

Ekmeleddin Ihsanoglu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS),

Condoleeza Rice untuk meminta serangan dan peperangan antara kedua-dua negara dihentikan dengan serta-merta

Sejajar dengan itu,

Sidang Parlimen khas mengenai isu Palestin diadakan pada 12 Januari 2009 bersamaan 15 Muharam 1430H oleh kerajaan Malaysia dengan segera untuk menangani masalah yang serius ini

Persidangan ini telah diadakan dua kali oleh pihak kerajaan Malaysia sejak tahun 1965

Persidangan ini bertujuan mengeluarkan langkahlangkah penyelesaian masalah dengan kadar segera serta menggesa pelbagai pihak dari seantero dunia agar kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin ditamatkan dengan segera

Kerajaan Malaysia telah mengumpul dan menyumbangkan dana kewangan sebanyak US$1 Juta dalam usaha untuk membantu penduduk Palestin yang terbabit dalam konflik Israel-Palestin sejak belakangan ini

Wang itu disalurkan menerusi Mercy Malaysia bagi menyediakan bantuan berkenaan seperti bekalan makanan dan minuman yang diperlukan oleh mangsa-mangsa peperangan

Kelengkapan seperti peralatan dan barangan akan dibeli di Mesir untuk dibawa ke Gaza melalui pintu sempadan di Rafah dengan menggunakan bantuan dana tersebut

Pertubuhan ini memberi konsentrasi dalam memberi pertolongan kemanusiaan

Segala aktiviti atau tindakan yang dilakukan oleh Mercy Malaysia adalah mengikut piawaian antarabangsa

Ia berfungsi sebagai satu badan bantuan kemanusiaan

Organisasi ini bertujuan menghulurkan bantuan atau pertolongan semasa berlakunya krisis dan bencana dalam jangka masa 48 hingga 72 jam

Mercy Malaysia telah bertindak menghantar pasukan pertama di sempadan Gaza dalam isu serangan Israel ke atas penduduk tetap Palestin yang berlaku pada 27 Disember untuk menepati mandat tempoh yang telah ditetapkan

peranan OIC dalam isu mempertahankan masjid al-Aqsa dikatakan berada pada tahap yang tidak memuaskan

Masjid al-Aqsa mashi berada dalam lingkungan kawalan Zionis

Hanya merekalah yang berkuasa menentukan orang-orang yang dibenarkan memasuki masjid al-Quds

Hal ini demikian kerana golongan remaja dan belia rakyat Palestin dilarang mendirikan solat di dalam masjid manakala golongan lelaki tua dan golongan kurang berupaya sahaja dibenarkan masuk ke masjid untuk melakukan solat

Tambahan pula,

berpuluh-puluhan pasukan tentera Israel bertidak mengawasi kawasan masjid diiringi dengan senapang mereka masing-masing semasa umat Islam menunaikan solat Jumaat

Zionis mempunyai kebebasan dalam keluar masuk ke kawasan lingkungan Baitul Maqdis serta mencetuskan beberapa serangan ke atas masjid-masjid yang dibina di kawasan Palestin

Organisation of The Islamic Conference (OIC)

mengadakan mesyuarat eksekutif OIC

Berbagai-bagai persetujuan telah disepakati bagi menyelesaikan isu yang melanda Palestin dan Israel melalui perbincangan mesyuarat ini

Tamsilnya,

Kemanusiaan

pembentukan kumpulan pengaman di

peperangan antara Israel dan Palestin dan beberapa resolusi lain

Namun demikian,

pertubuhan OIC sebenarnya tidak mempunyai kekuasaan secara fizikal seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

OIC hanya merupakan satu organisasi Majlis NegaraNegara Islam sahaja dan tidak mempunyai sebuah perlembagaan eksekutif yang berkesan dalam membolehkannya berkuasa dari aspek ketenteraan bagi melaksanakan misi pengaman yang ditekankan dan diutamakan oleh mereka

Ia merupakan sebuah pertubuhan yang bukan mementingkan dan mengutamakan keuntungan,

tetapi memberi konsentrasi kepada pertolongan bagi membantu rakyat Palestin yang terbabit dan terhina dalam konflik Israel-Palestin secara kolektif,

Syarikat ini telah menghulurkan bantuan kebajikan dan sumbangan daripada orang ramai untuk mengurangkan penderitaan yang ditimpa dan dihadapi oleh rakyat Palestin dalam konflik Israel-Palestin

masyarakat Islam di seantero dunia memainkan peranan dengan memboikot barangan buatan Israel dan Amerika Syarikat untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin yang ditimpa kesusahan

Selain itu,

pemboikotan diwujudkan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap negara-negara seperti Israel yang banyak menyebabkan banyak nyawa terkorban dalam isu Israel-Palestin

Pemboikotan produk dan perkhidmatan mereka dapat melumpuhkan ekonomi negara-negara musuh sekiranya semua masyarakat Islam melakukannya dengan konsisten serta berterusan dalam jangka masa panjang

Misalnya,

Kleenex,

Hush Puppies,

Revlon dan Timberland merupakan antara produk dan perkhidmatan yang diboikot

Rumusan Negara Palestin terletak di bahagian barat daya negara Syam yang memanjang ke kawasan persisiran pantai di sebelah Timur Laut Mediterranean

Kedudukan Palestin dianggap strategik kerana ia merupakan tempat perhubungan antara benua Asia dan Afrika dan dijadikan sebagai titik pertemuan antara dunia-dunia negara Islam

Tanah Israel merupakan tanah yang istimewa kerana memiliki kawasan agama Yahudi yang paling penting seperti Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon,

Raja terkenal Yahudi

Perhubungan antara keduadua negara Palestin dan Israel telah wujud sejak zaman kegemilangan Islam dan berterusan sehingga ke hari ini

Isu yang berkaitan dengan Israel sudah wujud pada zaman kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah

Konflik yang melanda negara Israel dengan Palestin bukanlah sesuatu yang baharu bagi masyarakat dunia

Serangan-serangan serta peperangan yang tidak kehabis-habisan antara kedua-dua pihak pasukan tentera telah mengakibatkan implikasi yang agak serius seperti mengorbankan ramai penduduk yang tidak berdosa dan meruntuhkan bangunanbangunan pencakar langit

Mereka yang terbunuh dalam konflik ini kebanyakannya terdiri daripada penduduk biasa sahaja dan tidak memakai sebarang senjata pun

Penduduk yang menetap di kawasan peperangan hidup dalam keadaan yang tidak sentosa dan senantiasa risau dan takut akan pasukan tentera pihak sebelah yang akan melancarkan serangan ke atas mereka pada bila-bila masa

Kanak-kanak hidup dalam suasana yang agak teruk dan tidak sihat menyebabkan emosi dan psikologikal mereka terjejas

Mereka yang masih hidup dalam serangan teraksa menghadapi kecacatan dari segi mental dan fizikal

Penggunaan senjata yang mengandungi bahan-bahan kimia telah menjejaskan kesihatan para penduduk kedua-dua negara ini

Orang Tua dan kanak-kanak merupakan orang yang paling berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut

Pembangunan negara tersekat dan terjejas akibat daripada keruntuhan dari segi ekonomi dan sosial

Salah satu sebab yang membangkitkan isu antara Israel dan Palestin ialah faktor keagamaan

Faktorfaktor lain seperti faktor ekonomi,

dan unsur sejarah juga menjadi penyebab kepada konflik Palestin-Israel

Pelbagai pihak telah bertungkus rumus dalam mencari ikhtiar penyelesaian masalah ini

Misalnya,

Malaysian Medical Relief Society (MERCY),

Organisation of The Islamic Conference (OIC),

Aman Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memghulurkan pertolongan terhadap mangsa-mangsa perang dengan membekalkan bahan makanan,

minuman dan keperluan harian kepada mereka

Berbagai-bagai musyawarah dan rundingan juga diadakan di merata-rata tempat oleh persatuan-persatuan berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini dan mencari pendamaian bagi kedua-dua negara ini

Dalam pada itu,

negara Malaysia juga tidak terkecuali dalam memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa khasnya di negara Palestin

Kerajaan Malaysia telah mengumpul dan menyumbangkan dana kewangan sebanyak US$1 Juta dalam usaha untuk membantu penduduk Palestin yang terbabit dalam konflik Israel-Palestin sejak belakangan ini

Secara umumnya,

kajian menunjukkan bahawa umat Islam hanya memainkan peranan yang umum dan masih lagi belum memenuhi matlamat umat Islam di Palestin

Hal ini demikian kerana pertolongan yang diberi hanyalah dari segi sumbangan dan bantuan kemanusiaan sahaja

Walaubagaimanapun,

bantuan yang diberi masih tidak berupaya untuk memberhentikan konflik antara kedua-dua negara itu

Selain itu,

meskipun pertubuhan seperti OIC dan Liga Arab bersusah-payah mengutamakan pendamaian,

mereka masih lagi berada di bawah pengaruh Amerika Syarikat

Refleksi Saya berasa syukur ke atas Tuhan dan ingin berterima kasih kepadaNya kerana akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya

Semua ini tidak akan berlaku tanpa galakan dan dorongan yang diberi oleh ahli keluarga serta pensyarah saya untuk menyiapkan kerja ini

Ketika proses penyiapan tugasan kerja ini,

pelbagai masalah dan kekangan telah saya hadapi dalam menyempurnakan tugasan ini

Saya agak keliru terhadap kehendak soalan apabila menerima tajuk tugasan ini

Hai ini disebabkan inilah kali pertama saya dikehendaki untuk menghasilkan tugasan sebegini

Saya berasa bimbang dan tercabar untuk menyelesaikan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang subjek ini amatlah terhad

Sepanjang menyiapkan tugasan ini kami telah banyak menerima pengalaman baharu sama ada secara langsung atau tidak langsung

Walau bagaimanapun,

cabaran dan halangan tidak mematahkan semangat saya

Saya tetap berani dan bertungkus rumus untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan

Sehubungan dengan itu,saya menghadapi masalah dalam pencarian sumber rujukan untuk membantu saya dalam penghasilan tugasan ini

Buku-buku dan bahan bacaan yang diperolehi dari perpustakaan institut agak terhad

Tambahan pula,

tidak ada satu pun perpustakaan berdekatan dengan tempat tinggal saya

Oleh itu,

saya terpaksa menggunakan cara melayari internet dan mencantumkan sedikit-sedikit fakta yang saya perolehi serta sedikit sebanyak maklumat dari buku-buku yang saya perolehi

Sehubungan dengan itu,

kesuntikan masa merupakan masalah yang saya hadapi dalam proses penyediaan tugasan ini

Masa yang diberi untuk menyelesaikan tugasan ini amat terhad sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini

Tambahan pula,

saya juga menerima tugasan-tugasan mata pelajaran lain pada masa yang sama

Saya terpaksa meluangkan masa tidur beberapa hari malam untuk memastikan semua tugasan dapat disempurnakan dan dihantar dalam masa yang ditetapkan

Dalam menghasilkan tugasan ini,

banyak ilmu pengetahuan telah saya pelajari terutamanya dalam bidang isu semasa

Saya menyedari bahawa betapa ceteknya ilmu pengetahuan saya

Saya perlu meningkatkan usaha lagi dan berazam untuk menambah ilmu pengetahuan saya bagi memudahkan saya pada masa akan datang

Tugasan ini telah membolehkan saya lebih memahami tentang isu-isu dan cabaran semasa yang berlaku di seantero dunia

Untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti,

kita perlukan perancangan dan persiapan rapi

Melalui tugasan ini,

saya dapat belajar bagaimana cara untuk menghasilkan satu tugasan dan membuat perancangan untuk menghasilkannya dengan sempurna

Tugasan akan saya jadikan sebagai rujukan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah apabila saya menjadi seorang guru pada suatu hari kemudian

Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik,

pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin dari masa ke masa sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan pada masa akan datang

Tugasan ini secara tidak langsung dapat mengumpul dan menyimpan maklumat yang boleh dijadikan sebagai bahan simpanan dan rujukan saya untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Tuntasnya,

segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan dengan maksimumnya untuk diaplikasikan di sekolah

Nilai kerjasama dan saling membantu juga saya pelajari semasa menyelesaikan tugasan ini

Saya dan rakan sekelas saya telah bekerjasama sesama lain dalam usaha untuk menghasilkan tugasan ini

Kami mencari bahan-bahan yang berkenaan dengan tajuk tugasan ini serta berkongsi maklumat yang dicari bersamas-sama

Perbincangan dan pertukaran pendapat juga kami lakukan supaya tugasan ini dapat dihasil dengan baik

Rakan-rakan saya akan menghulurkan tangan serta memberi pertolongan semasa saya menghadapi sebarang masalah dalam penyiapan tugasan ini

Mereka akan memberi nasihat dan membetulkan kesilapan saya dengan murah hati

Sehubungan dengan itu,

selepas menyelesaikan kerja tugasan ini,

saya memahami bahawa nilai saling menghormati antara satu sama lain amat penting dalam kehidupan seharian

Melalui kejadian konflik Israel dengan Palestin,

saya berpendapat bahawa sikap bertolak ansur,

sabar dan toleransi harus diterapkan ke dalam sanubari setiap orang untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham kerap berlaku

Misalnya,

peperangan tidak akan berlaku jika kedua-dua pihak mengamalkan pendamaian serta bermusyawarah sesama lain dalam menyelesaikan kekangan ini

Penduduk yang tidak berdosa pula pasti tidak akan mengalami maut dengan tindakan yang kejam oleh pasukan tentera pihak lain

Akhir kata,

semoga pengalaman dan ilmu yang saya perolehi sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini dapat saya aplikasikan ketika berdepan dengan realiti sebenar

Hal ini demikian kerana guru harus mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam isu semasa dunia untuk bergelar sebagai seorang guru yang serba boleh

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Encik Abdul Salis yang telah banyak membantu serta memberi pandangan kepada saya mengenai tugasan ini

Tugasan ini tidak akan dihasilkan dengan jayanya tanpa bantuan dan tunjuk ajar Encik

Rujukan Rujukan Internet http://khairulnaimsblog

com/2008/05/cabaran-dalam-dialog-antaraagama

my/2004/1/05_Bil_5_Konflik_Palestin_dan_Harapan_Masa_Depan_Dr _Roslan

com/2009/04/konflik-israel-dan-palestin

my/10272/1/Noor%E2%80%99_Amirah_Bte_Abd_Ghaffar

com/2011/07/tajuk-halangan-dan-cabaran-dalam

html diakses pada 16 Ogos 2014

Lampiran

Peta Israel

Bendera Palestin

Pasukan tentera melancarkan serangan

Isu pengeboman berlaku di kawasan Gaza